PERATURAN SMJK HENG EE
Pakaian Seragam Sekolah
1. Semua pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap ketika berada di dalam kawasan sekolah termasuk pada hari bukan persekolahan.
Pelajar Lelaki
i. Kemeja putih ( shirt ) berlengan pendek. Kaki lengan kemeja tidak boleh dilipat dan kaki
kemeja mesti diselitkan ke dalam seluar pada setiap masa. Kaki lengan tidak dibenarkan
melebihi paras siku.
ii. Seluar pendek berwarna hijau tua. Kaki seluar tidak boleh mencecah lutut dan tidak boleh
dilipat.
iii. Kasut kanvas bertapak rata dan sarung kaki berwarna putih yang mempunyai logo
sekolah. Sarung kaki tidak boleh dilipat dan ukuran panjang dari buku
lali tidak kurang dari 5cm. Logo sekolah mesti jelas kelihatan.
iv. Kasut dan seluar tidak boleh dipakai terlalu longgar.
v. Tali pinggang berwarna hijau yang berlogo sekolah.
Pelajar Perempuan
i. Pinafore berwarna turquoise dan labuhnya hendaklah sampai ke paras lutut. Zip mesti
dizipkan sepenuhnya dan bercangkuk.
ii. Kemeja berwarna putih dan berlengan pendek. Kaki lengan kemeja tidak boleh dilipat.
Kaki lengan tidak dibenarkan melebihi paras siku. ( Tidak dibenarkan memakai kemeja
putih lelaki ).
iii. Kasut kanvas bertapak rata dan sarung kaki berwarna putih yang mempunyai logo
sekolah. Sarung kaki tidak boleh dilipat dan ukuran panjang dari buku
lali tidak kurang dari 5cm. Logo sekolah mesti jelas kelihatan.
iv. Kasut tidak boleh dipakai terlalu longgar.
2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai atau membawa:
i. Jaket / baju sejuk
ii. Beg pinggang
iii. Topi
iv. Barang-barang kemas / perhiasan
v. Band / klip / pin rambut hiasan
vi. Minyak rambut / gel rambut
vii. Penggosok kuku
viii. Alat-alat persolekan/sikat / cermin / minyak wangi
ix. Bingkai / cermin mata berfesyen / kanta sentuh berwarna
x. Kamera / Kamera digital
xi. Tali pinggang selain tali pinggang sekolah
xii. Sarung kaki berwarna
xiii. Selipar / sandal
xiv. Kaset / kaset perakam video / DVD / VCD / CD / disket / mobile drive / pen drive / memory
card
xv. Daun terup / catur
xvi. Pemadam cecair / kertas pelekat
xvii. Kertas tisu
xviii. Alat-alat tajam
xix. Alat permainan elektronik
xx. Kad idol / kad kilat / kad nama / kad permainan
xxi. Walkman / discman / MP3 / MP4 / i – pod / i – pad
xxii. Telefon bimbit / kad prabayar telefon bimbit
xxiii. Makanan ringan / gula-gula / chewing gum
xxiv. Mancis / pemetik api
xxv. Bahan bacaan berunsur negatif
xxvi. Pelbagai jenis serbuk
xxvii. Anak patung / soft toy / keychain berfesyen
xxviii. Lencana bukan badan kokurikulum sekolah
xxix. Pen yang berlampu suluh di bahagian pangkal / pen laser / Invisible ink pen
xxx. Jam tangan bersaiz besar dan berfesyen
xxxi. Barang hiasan beg
xxxii. Diari sumpahan kematian
xxxiii. Cat penyembur
xxxiv. Kipas tangan
xxxv. Fail lutsinar yang bergambar artis
xxxvi. Makanan dari luar kecuali bekalan makanan dari rumah yang mendapat kebenaran bertulis
dari pihak sekolah ( bekalan makanan tersebut mesti disimpan dalam bekas makanan )
** Barang-barang rampasan tidak akan dikembalikan.




